ASSALAMUALAIKUM WBT..
Kepada
Ibu Bapa / Penjaga Pelajar pelajar,
Madrasah Tahfiz Al Quran Al Hassan,
Kayu Ara Pasong, Pontian Johor.
Per: Makluman cuti Madrasah sempena Aidilfitri 1436
Semoga Allah swt merahmati Tuan/ Puan sekalian.
1. Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa pihak Madrasah telah menetapkan tarikh cuti pelajar seperti ketetapan berikut :
Cuti pelajar akan bermula pada 12 JULAI 2015 / 25 RAMADHAN 1436H selepas pukul 11.00 pagi sehingga 26 JULAI 2015 / 10 SYAWAL 1436H selepas waktu asar sebelum waktu maghrib. Tuan puan boleh ambil dan menghantar anak tuan puan seperti ketetapan di atas.
2. Untuk makluman tuan puan, Pihak Madrasah tidak menyediakan makan malam pada hari pelajar melapor diri.
3. Perkara yg perlu diberi perhatian oleh tuan puan semasa pelajar berada dirumah :-
-Sila pastikan anak tuan puan sentiasa jaga solat lima waktu berjemaah di Masjid setiap hari.
-Sentiasa berpakaian sunnah.
-Ulang Hafazan dan bacaan Alquran.
(Bg pelajar kelas Nazirah satu hari satu (1) juzuk dan pelajar kelas hafazan satu hari tiga (3) juzuk.)
4. Untuk makluman tuan puan juga, pihak madrasah telah menetapkan jadual waktu melawat dan ziarah pelajar2 (outing)
-MINGGU KE 3 setiap bulan.
-Hari SABTU (Slps solat subuh - sblum asar. Asar di Madrasah). Selain dari waktu diatas tuan puan adalah DILARANG sama sekali datang melawat pelajar2 kerana dikhuatiri mengganggu aktiviti penghafalan pljr melainkan ada kecemasan.
4. Diharap pihak tuan puan dapat berikan kerjasama sepenuhnya bagi perkara perkara diatas.
Semoga Allah swt berikan ganjaran yg besar kpd kita semua atas usaha kita yg sedikit ini.
Akhir sekali pihak madrasah ingin mengucapkan jutaan terima kasih diatas kerjasama yg diberikan selama ini dan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN
Sekian, Terima kasih,
Saya, Yang Menjalankan Amanah,
Tn Haji Abdul Jaleel Arabie bin MS Abdulla Arabie.
Pengetua Madrasah Tahfiz Al Quran Al Hassan.
06 JULAI 2015 Masihi
19 RAMADHAN 1436
Tiada ulasan:
Catat Ulasan