Rabu, 15 Jun 2016

Rayuan Sumbangan Dana Prmbinaan MTQH

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اهلا وسهلا يا رمضان..

الحمد لله نحمده ونصلى ونسلم على رسوله النبي الكريم ، اما بعد .

Firman Allah SWT:-
Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sehahagian harta yang kamu cintai. dan apa saja yang kamu nafkahkan Maka Sesungguhnya Allah mengetahuinya.
(Surah Ali Imran, ayat :92.)

Dan di antara mereka ada yang membuat janji dengan Allah dengan berkata: “Sesungguhnya jika Allah memberi kepada kami dari limpah kurniaNya, tentulah kami akan bersedekah, dan tentulah kami akan menjadi dari orang-orang yang soleh”
( At-Taubah, ayat:75. )

(Mafhum hadis)
Barangsiapa ingin doanya terkabul dan dibebaskan dari kesulitannya hendaklah dia mengatasi (menyelesaikan) kesulitan orang lain. (Hadis Riwayat: Imam Ahmad)

[Mafhum hadis]
Bentengilah hartamu dengan zakat, ubati orang-orang sakit (dari
kalanganmu) dengan Bersedekah dan persiapkan doa untuk menghadapi datangnya bencana.
(Hadis Riwayat: Imam Ath-Thabrani)

🔼🔼🔼🔼🔼🔼🔼🔼🔼🔼🔼🔼🔼🔼🔼🔼🔼🔼

Kami sedang dan masih mencari penyumbang utk menderma RM100 setiap bulan utk dana pembinaan bangunan Madrasah Tahfiz Al Quran Al Hassan yg sedang dalam pembinaan...

Tapak pembinaan adalah di Kg Kayu Ara Pasong, Pontian JDT

Hanya utk 6 bulan sahaja RM100 disumbangkan secara tetap kepada MTQH..

Setakat ini sudah ramai sahabat2 yg sudi menjayakan rancangan ini dan diharapkan lebih ramai sahabat lagi sudi untuk bersama2 menjayakan apa yg sedang diusahakan sekarang ini..

Amalan yg disukai Allah dan pahala yg berterusan selagimana bangunan Madrasah ini kekal dan pengajian didalamnya berterusan...

Marilah kita bergerak bersama,
Memantapkan satu perjuangan yang mulia,
Perjuangan melahirkan generasi Al Quran.  Berjaya di dunia, di akhirat mulia..

🔼🔼🔼🔼🔼🔼🔼🔼🔼🔼🔼🔼🔼🔼🔼🔼🔼🔼

Kepada yg ingin bersama MTQH meneruskan usaha mulia ini, bolehlah salurkan sebanyak mana yg anda mampu ke akaun yg tertera dibawah..

Akaun atas nama :-
MADRASAH TAHFIZ AL QURAN AL HASSAN

BANK ISLAM : [01108010018930]
MAYBANK : [551025205469]

☎Sebarang Pertanyaan hubungi:-
Tn Hj Abd Jaleel Arabie : 0105219530
Tn Hj Nor Mazli : 0197738040
En Mohd Nizam : 0176943414
Ustaz Wan Sayyid : 0106629142

🔼🔼🔼🔼🔼🔼🔼🔼🔼🔼🔼🔼🔼🔼🔼🔼🔼

Tolong Sebarkan....!!!

Utk membina sebuah Madrasah ini tidak cukup hanya dengan beberapa orang penyumbang tetapi utk tujuan ini kami memerlukan ribuan penyumbang yang menyumbang secara tetap..

Oleh itu, ringan2kan jari anda utk menekan butang share supaya lebih ramai yg tampil menyumbang...

Yakinlah...usaha anda yg sedikit pasti membawa kejayaan yg besar di akhirat kelak... In Shaa Allah..

Mungkin kita tidak mampu utk menyumbang apa2 tetapi dengan satu klik pada butang 'SHARE' ada saudara kita yang mampu menyumbang terbaca pekara ini dan telah menyalurkan wangnya kepada MTQH maka dengan satu klik butang SHARE anda tadi telah menjadikan anda juga penerima pahala dari sebab sumbangan orang yang terbaca apa yang anda sharekan padanya...SUBHANALLAH

Mungkin satu klik pada butang kongsi itu terselit pahala untuk kita... In Shaa Allah..

Jazakumullahu Khairan Jaza'....

Ahad, 13 September 2015

Saham Akhirat

Sumbangan anda diperlukan bagi menyiapkan Bangunan Utama Kompleks Madrasah Tahfiz Al Quran Al Hassan yg baru..

Rehal DHO & Rak Rehal Baru

Assalamualaikum wbt...

Jutaan terima kasih kpd individu2 yg menyumbang dana utk pembelian Rehal DHO dan Rak Rehal yg baru bagi menggantikan Rehal yg dah uzur..
Smga Allah swt memberikan kebahagiaan dan sentiasa dirahmati Allah swt kpd yg terlibat..

Jazakumullahu khairan Jazak...

Makluman Cuti Hari Raya Haji 1436/2015

ASSALAMUALAIKUM WBT..

Kepada
Ibu Bapa / Penjaga Pelajar pelajar,
Madrasah Tahfiz Al Quran Al Hassan,
Kayu Ara Pasong, Pontian Johor.

Per: Makluman cuti Madrasah sempena Hari Raya Aidil Adha 1436H/2015M

Semoga Allah swt merahmati Tuan/ Puan sekalian.

1. Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa pihak Madrasah telah menetapkan tarikh cuti pelajar sempena hari raya haji seperti ketetapan berikut :
Cuti pelajar akan bermula pada 23 SEPTEMBER 2015 selepas Solat Subuh sehingga 03 OKTOBER 2015 selepas asar sebelum maghrib. Tuan puan boleh ambil dan menghantar anak tuan puan seperti ketetapan di atas.

2. Untuk makluman tuan puan, Pihak Madrasah tidak menyediakan makan malam pada hari pelajar melapor diri.

3. Perkara yg perlu diberi perhatian oleh tuan puan semasa pelajar berada dirumah :-
-Sila pastikan anak tuan puan sentiasa jaga solat lima waktu berjemaah di Masjid setiap hari.
-Sentiasa berpakaian sunnah.
-Ulang Hafazan dan bacaan Alquran.
(Bg pelajar kelas Nazirah satu hari satu (1) juzuk dan pelajar kelas hafazan satu hari tiga (3) juzuk.)

4. Untuk makluman tuan puan juga, pihak madrasah telah menetapkan jadual waktu melawat dan ziarah pelajar2 (outing)
-MINGGU KE 3 setiap bulan.
-Hari SABTU (Slps solat subuh - sblum asar. Asar di Madrasah). Selain dari waktu diatas tuan puan adalah DILARANG  sama sekali datang melawat pelajar2 kerana dikhuatiri mengganggu aktiviti penghafalan pljr melainkan ada kecemasan.

4. Diharap pihak tuan puan dapat berikan kerjasama sepenuhnya bagi perkara perkara diatas.
Semoga Allah swt berikan ganjaran yg besar kpd kita semua atas usaha kita yg sedikit ini.

Akhir sekali pihak madrasah ingin mengucapkan jutaan terima kasih diatas kerjasama yg diberikan selama ini.

Sekian, Terima kasih,
Saya, Yang Menjalankan Amanah,

Tn Haji Abdul Jaleel Arabie bin MS Abdulla Arabie.
Pengetua Madrasah Tahfiz Al Quran Al Hassan.

08 SEPTEMBER 2015